Monday

#Ombak Rindu





hahaha ..
akuu bosan so , menyanyi leerr ..

xora sumbang mahram niee .. hehe .. 
berkaraoke tanppa mic..

ini la jadinyaa .. 
saja mahu upload ..
nak simpan dalam diari online .. !~haha ..
kat dairi original xbole nak upload video ..
ngeee!~~ 



hehe .. ini la video aku wat time boring !~



Thanks Read My Entry Muah ,. Muah ., Muah ^___^

#Bosan+ Penat Memikirkan KAU




hyee .. GOOD MORNING~

PERLU kah aku bagi jawapan yang pasti ?? 

''bermacam2x hal BERMAIN DALAM FIKIRAN KU!!''

dan masih ka kau menanti jawapan dari ku ??
aku harap kau bersabar yaa!.. (x niat mo balas dendam )

sebenarnya aku bukan xmo bercinta ,aku memang mahu bercinta .! tapi klau la dfikirkan balik .,
perlu ka kita bercinta ??sedangkan kalau kita bercinta apa yang kita dapat ?,! aku takut macam2x hal terjadi .. sealim mana pun kita malang tidak berbau!
aku bukan nak sombong n ego . tapi tu pendirian aku. 

besok aku akn bagi jawapan sama ko k .!~ 


ehhhhhhh .. sudah laaa .. gelii pulak aku baca !! bahahahahaha .. 





Thanks Read My Entry Muah ,. Muah ., Muah ^___^

Sunday

# Short entry - SAKIT KEPALA !~




New Blogger ?? HAHA.. new xla juga new sangat laa dah lama sebenarnya aku buat blog nie tapi malas nak canyekan!~ :)  .. cuma xpandai nak UPDATE blog jak bha .. HAHA .. (kasian ko didiey)


haihh!~ sebenarnya BLOG nie lah yang buat aku sakit pala nieee ..! dari semalam smpi la skg nie dok asyik edit blog aja .. tapi x juga terror2x .. haihhhh!~ sampai sakit kepala hangg d buatnya .. 

but its okaee , atleast aku dah buat yg terbaek tuk blog aku even x ramai lagi follower aku .. ngeeee!~~ ( malu2x kuciing) harap2x la akan ramai org follow blog aku nie HEHEH!!!! 

#KESIMPULANYA : BLOG nie memang BUAT aku sakit kepala ..bahahahahahaahhahahaa .. ( ketawa besar tuk lepas geram) 
^___________________^
byeeeeeeeeee.. tu jee coretan bodoh aku .. ngeeee!~~



Thanks Read My Entry Muah ,. Muah ., Muah ^___^

# LasT mOnDay in | 2011 |


Assalammualaikum !~ 


Breakfast sambil MENgupdate* hehe !! 
Wahh ,, sedar tak sedar da nak ke tahun 2012 pulak . heheh .. syukur alhamdulillah sepanjang tahun 2011 nie semuanya okaee laa .. Macam semuanya xtVt aku berjalan lancar tanpa aral yg melintang .. ^____^
tapi tadi pagy2x lagi sudah TERKENA xtVt hangit .. haha .. ''My Father suru aku ganti tayar keta dia '' waaduuhh ., memang muka aku tyme tu mengencang berabis da .. ala , besa la kan pagy2x lagi .. da la aku tdo jam 5 then my father kejutkan aku at 6 0clok tapi xpe laa smuanya demi my FATHER. 


~heheheehe .. 


eehh , dahh laa .. malas la nak cer panjang2x .. Nway , happpy new yearr jak la .. hehe ..


# Ini lah expressi muka aku time pagi tadi!!~ bahahaha




Klahhh , BUByyeee.. ~~!!
Thanks Read My Entry Muah ,. Muah ., Muah ^___^

My beloved FAMILY


My beloved Mummy
26/01/1959
waah , xlama lagi bufday mummy..
hehe .!!





love you mummy~~



My Beloved Father
12/08/1946
Heheh .. My father's bufday lama lagi , insyallah!
semoga bapa cepat sembuh ya . AMIN ya robbal alamin.
sayang bapa . ^___^

My Oldest sister 


My Brother  & My Younger Sisters





Thanks Read My Entry Muah ,. Muah ., Muah ^___^


Couple Or Single ?.....

wadduuhhhh, waduhhh .. bisaa jadi gilakkk gueee! begini la kalau suda FAMOUS niee .. bahahaha!!~ haihhhh~ i almost being CRAZY thinking about your request.. COUPLE or SINGLE which one is better ah ?? ohh, my godness .. kebinggungan nieee guee jadinya ..

Betul la org kata ''jodoh nie bila2x jee bole datang'' tapi sama aku niee sekali datang 2 org sekali gus hinggakan aku xtau mana 1 yg d terimaa .. bahahah .. arrr, lupakan laa .. 


Tapikan , time couple dlu dia cakap mama dia suru belajar dlu then baru la ''COUPLE'' rupa2xnya ada udang pulak d sebalik mee .!~ 

Tapi aku percaya jak la ngn apa yg dia ckp ! | BREAK |

but now , WHY are you looking for me again for what ?? 

hiahhhhh~~ suda brek ngn BOYFRIEND baru la cari aku mo bercouple2x .. duiii bh .. plisss la jangaan la bercinta dengan aku kerana keboringan sayang oiii ..!~ 

Anyway , just give time to think it carefully about your request . 


Tinggal brapa hari jeee lagi tuk bagi ko keputusan .! 

I hope you will accept my decision !~ byeee ..




Thanks Read My Entry Muah ,. Muah ., Muah ^___^

| Penyesalan |


Aku membencinya, itulah yang selalu kubisikkan dalam hatiku hampir sepanjang kami bersama. Meskipun menikahinya, aku tak pernah benar-benar menyerahkan hatiku padanya. Berkahwin kerana paksaan orangtua, membuatku membenci suamiku sendiri.


Walaupun berkahwin secara paksa, aku tidak pernah menunjukkan sikap benciku. Meskipun membencinya, setiap hari aku melayaninya sebagaimana tugas isteri. Aku terpaksa melakukan semuanya kerana aku tidak ada pilihanlain. Beberapa kali muncul keinginan meninggalkannya tapi aku tidak ada sumber kewangan lain dan sokongan sesiapa. Kedua orangtuaku sangat menyayangi suamiku kerana menurut mereka, suamiku adalah lelaki paling sempurna untuk satu-satunya anak perempuan mereka.




Selepas berkahwin, aku menjadi isteri yang teramat manja. Aku lakukan apa-apa sesuka hatiku. Suamiku juga memanjakanku sedemikian rupa. Aku tidak pernah benar-benar menjalani tugasku sebagai seorang isteri. Aku telah menyerahkan hidupku padanya sehingga semua perkara dia uruskan membuatku bahagia dengan menuruti semua keinginanku.


Di rumah kami, akulah ratunya. Tidak ada seorangpun yang berani melawan. Jika ada sedikit saja masalah, aku selalu menyalahkan suamiku. Aku tak suka tualanya yang basah yang diletakkan di atas katil, aku tidak suka melihat dia meletakkan sudu bekas susu di atas meja dan meninggalkan pinggan di atas meja, aku benci ketika dia memakai komputerku meskipun hanya untuk menyelesaikan tugasnya.


Aku marah kalau dia menggantung bajunya di almari bajuku, aku juga marah kalau dia memakai ubat gigi tanpa memincitnya dengan rapi, aku marah kalau dia menghubungiku berkali-kali ketika aku sedang bersenang-senang dengan kawan-kawanku.


Aku memilih untuk tidak punya anak. Meskipun tidak bekerja, tapi aku tidak mahu mengurus anak. Pada mulanya dia bersetuju dan akupun mengambil pil perancang. Tapi rupanya dia menyembunyikan keinginannya sehingga satu hari aku terlupa memakan pil dan dia walau pun dia tahu tapi dia membiarkannya. Aku mengandung dan menyedarinya setelah lebih dari empat bulan, doktor pun menolak untuk menggugurkannya.


Itulah kemarahanku terbesar padanya. Kemarahan semakin bertambah ketika aku mengandung sepasang anak kembar dan harus mengalami kelahiran yang sukar. Aku memaksanya melakukan vasectomy supaya aku tidak mengandung lagi. Dengan patuh ia melakukan semua keinginanku kerana aku mengancam akan meninggalkannya bersama kedua anak kami.


Waktu berlalu sehingga anak-anak kami berusia lapan tahun. Seperti pagi-pagi sebelumnya, aku bangun paling lambat. Suami dan anak-anak sudah menungguku di meja makan. Seperti biasa, dialah yang menyediakan sarapan pagi dan mengantar anak-anak ke sekolah. Hari itu, dia mengingatkan bahawa hari itu adalah hari lahir ibuku. Aku hanya menjawab dengan anggukan tanpa mempedulikan kata-katanya yang mengingatkan peristiwa berikut di tahun sebelumnya, semasa itu aku pergi shopping dan tidak hadir di majlis ibu. Yaah, kerana merasa teraniaya kerana di paksa kahwin, aku juga membenci kedua orangtuaku.


Sebelum ke pejabat, biasanya suamiku mencium pipiku saja dan diikuti anak-anak. Tetapi hari itu, dia juga memelukku sehingga anak-anak mengejek ayahnya. Aku berusaha mengelak dan melepaskan pelukannya. Meskipun akhirnya ikut tersenyum bersama anak-anak.


Dia kembali mencium hingga beberapa kali di depan pintu, seakan-akan berat untuk pergi.




Ketika mereka pergi, aku ke spa. Menghabiskan masa di spa adalah hobiku. Aku tiba di salon kegemaranku beberapa jam kemudian. Di spa aku bertemu salah satu rakanku iaitu rakan yang aku tidak berapa suka.Kami berbual dengan asyik termasuk saling menunjuk-nunjuk kehebatan kami.


Semasa untuk bayar spa, namun betapa terkejutnya aku ketika menyedari bahawa dompetku tertinggal di rumah. Meskipun aku membawa beg tangan tetapi dompetku tiada di dalamnya. Sambil berusaha mengingati apa yang terjadi hingga dompetku tiada aku menelefon suamiku dan bertanya.


“Maaf sayang, kelmarin Farhan meminta duit saku dan aku tidak ada duit kecil masa itu, maka kuambil dari dompetmu. Aku lupa menaruhnya kembali ke dalam beg tangan, kalau tidak salah aku letakkan di atas meja.” Katanya menjelaskan dengan lembut.


Dengan marah, aku membebel dengan kasar. Kututup handphone tanpa menunggu dia selesai bercakap. Tidak lama kemudian, handphoneku kembali berbunyi dan meskipun masih geram, akupun mengangkatnya dengan separuh membentak.


“Apalagi??”


“Sayang, aku pulang sekarang, aku akan ambil dompet dan mengantarnya kepadamu. Sayang sekarang ada dimana?” tanya suamiku cepat , khuatir aku menutup telefon kembali.


Aku menyebut nama spa dan tanpa menunggu jawapannya lagi, aku kembali menutup telefon. Aku bercakap dengan kasar dan mengatakan bahawa suamiku akan datang membayar bil spa. Tuan punya spa yang juga kenalanku sebenarnya tidak kisah dan mengatakan aku boleh membayarnya kemudian. Tapi rasa malu kerana “musuh”ku juga ikut mendengarku tertinggal dompet membuatku malu untuk berhutang dulu.


Hujan turun ketika aku melihat keluar dan berharap kereta suamiku segera sampai. Minit berlalu menjadi jam, aku semakin tidak sabar sehingga mulai menghubungi handphone suamiku. Tidak ada jawapan meskipun sudah berkali-kali aku telefon. Padahal biasanya hanya dua kali berdering telefonku sudah diangkat. Aku mulai merasa tidak selesa dan marah.


Teleponku diangkat setelah beberapa kali mencuba. Ketika suara bentakanku belum lagi keluar, terdengar suara asing menjawab telefon suamiku. Aku terdiam beberapa saat sebelum suara lelaki asing itu memperkenalkan diri, “selamat tengahari, cik. Apakah puan, isteri kepada Encik Ismadi?”


“Ya..!”


Lelaki asing itu memperkenalkan dirinya ialah seorang anggota polis. Dia memberitahu bahawa suamiku mengalami kemalangan dan sedang dibawa ke hospital.


Masa itu aku hanya terdiam dan hanya menjawab terima kasih. Ketika telefon ditutup, aku tertunduk dan bingung. Tanganku menggenggam erat handphone yang kupegang dan beberapa pekerja spa mendekatiku dan bertanya ada apa hingga wajahku menjadi pucat seputih kertas.


Entah bagaimana akhirnya aku sampai di hospital. Entah bagaimana juga tahu-tahu seluruh keluarga hadir di sana menyusulku. Aku yang hanya diam seribu bahasa menunggu suamiku di depan bilik ICU. Aku tidak tahu nak buat apa kerana selama ini dialah yang melakukan segalanya untukku.


Akhirnya setelah menunggu beberapa jam, tepat ketika berkumandang azan maghrib terdengar seorang doktor keluar dan menyampaikan berita – Suamiku telah tiada.


Dia pergi bukan kerana kemalangan tadi tetapi penyebabkan kematiannya ialah serangan stroke.
Selepas mendengar kata-kata doktor itu, aku sibuk menguatkan semangat kedua orangtuaku dan orangtuanya yang terperanjat. Sama sekali tidak ada airmata setitispun keluar di kedua mataku. Aku sibuk menenangkan ayah ibu dan mertuaku.


Anak-anak yang terpukul memelukku dengan erat tetapi kesedihan mereka sama sekali tak mampu membuatku menangis.
Ketika jenazah dibawa ke rumah dan aku duduk di hadapannya, aku termangu menatap wajah itu. Kusedari baru kali inilah aku benar-benar menatap wajahnya yang kelihatan tidur nyenyak. Kudekati wajahnya dan kutatapi. Masa itulah dadaku menjadi sesak teringat apa yang telah ia berikan padaku selama sepuluh tahun kami bersama.


Kusentuh perlahan wajahnya yang telah dingin dan kusedari inilah kali pertama kali aku menyentuh wajahnya yang dulu selalu dihiasi senyum hangat. Airmataku tiba-tiba berderai dengan deras, mengaburkan pandanganku.


Aku mencuba mengusap agar airmata tidak menghalangi tatapan terakhirku padanya, aku ingin mengingat semua bahagian wajahnya agar kenangan manis tentang suamiku tidak berakhir begitu saja. Tapi bukannya berhenti, airmataku semakin deras membanjiri kedua pipiku. Peringatan dari imam masjid yang mengurus pengebumian tidak mampu membuatku berhenti menangis. Aku berusaha menahannya, tapi dadaku sesak mengingat apa yang telah aku buat padanya terakhir kami berbicara.
Thanks Read My Entry Muah ,. Muah ., Muah ^___^



Thanks Read My Entry Muah ,. Muah ., Muah ^___^

KeHebaTan seorang ibu..~`~


~Hebatnya Seorang Ibu~
'Ibu' adalah nama yang tidak dapat dipisahkan dalam kotak memori setiap insan. Pertarungan nyawa dan ketabahan menahan kesakitan mengandung, melahir dan membesarkan anak-anak bukanlah perkara asing dalam catatan diari hidup seorang ibu. Itulah tugas yang tercatat sebagai seorang ibu yang benar-benar berfungsi dalam mendidik anak-anak.

Air mata, kelembutan, kasih sayang dan teman di masa susah atau senang adalah sebuah nukilan khas yang boleh saya dedikasikan buat ibu saya. Malah hemat saya juga tersemat utuh menyatakan semua ibu di dunia ini punya rasa yang sama. Naluri keibuan ini adalah sunnatullah yang tercipta bermula daripada Hawa AS. Jadi semestinya semua ibu, bakal ibu malah semua wanita mempunyai sifat-sifat yang saya nyatakan. Semestinya benar, bukankah begitu?

Dulu, Kisah sebuah memori

Masih tersemat utuh dalam ingatan saya betapa ibu saya cukup mudah mengalirkan air mata. Semasa saya atau adik saya dirotan ayah, ibulah selalunya akan membela dengan aliran air mata. Semasa kakak saya yang sulung melangkahkan kaki meninggalkan rumah mengikut suami selepas majlis akad dilangsungkan, ibu saya menghantar pemergiannya dengan linangan air mata. Masa itu saya cukup pelik kenapa ibu saya menangis sedangkan kakak saya pergi secara terhormat mengikut suami. Masa itu saya buntu tidak berjawapan.

Suri rumah sepenuh masa menjadikan anak-anak amat rapat dengan ibu. Masih terbayang di minda saya hingga kini betapa kalutnya ibu saya setiap pagi menyediakan sarapan sebelum saya dan adik-adik ke sekolah. Sememangnya saya antara anak yang cukup susah untuk makan pagi sekalipun dengan hanya minum teh dan apa yang pasti ibu saya akan membawa minuman hingga ke pintu luar dan akan pastikan saya mengambil sarapan walaupun dengan hanya seteguk air.

Masih terngiang kata-kata ibu bila saya mula berdegil tidak mahu bersarapan, "Minum lah sikit baru cergas dalam kelas" atau kadang-kadang ibu juga mengugut jika saya tetap berdegail, "Tak baik tu, minum sikit nanti tak berkat belajar". Mungkin kerana takut dengan ugutan, saya selalunya akan memaksa diri minum juga walau seteguk.

Tabiat saya yang jarang bersarapan melekat hingga kini kerana tiada siapa lagi yang boleh memaksa saya bersarapan. Tapi yang agak melucukan apabila ibu saya selalu berpesan dicorong-corong telefon setiap kali saya saya menelefon rumah atau melalui SMS dengan 3 perkara; kerapkan mandi, ambil sarapan dan banyakkan minum air. Tapi biasalah saya memang degil...

Kisah ibu saya yang murah air mata terhadap anak-anak saya panjangkan dengan kisah kakak sulung saya. Ketika abang ipar saya menyambung pengajian di UKM sejurus sahaja lahir anak sulung menjadikan hidup mereka sekeluarga agak susah. Hidup di Kuala Lumpur menjadikan kesempitan mereka kian parah. Berbekalkan gaji sebagai kerani sekolah kakak saya yang tidak sampai ke angka 1000 dan separuh gaji suami lantaran bercuti menyambung pengajian sepenuh masa sebagai guru menjadikan hidup mereka kian terhimpit.

Hidup menyewa di rumah setinggan yang rata-rata didiami warga Indonesia menjadikan hati saya pilu dan kadang-kadang mata saya juga berkaca. Pernah saya berseloroh pada kakak saya untuk membawa pulang Along (anak sulung kakak saya) ke kampung bila lahirnya anak yang kedua. Reaksi yang saya terima hanyalah linangan air mata tanpa kata. Kakak saya menangis bila ada sahaja cadangan mahu memisahkan dia daripada anak-anak. Tekadnya biarlah susah macam mana sekalipun asalkan anak-anak tetap bersama.

Niat saya semasa memberikakan cadangan untuk membawa pulang anak sulung kakak saya ke kampung dan dipelihara ibu saya lahir daripada rasa kesian yang amat sangat dengan kesempitan yang dialami. Mudah-mudahan kesusahan tersebut dapat dikurangkan.

Pernah suatu ketika semasa melahirkan anak kedua, semasa dalam pantang 40 hari kakak saya ke klinik dengan menaiki bas bersama 2 anak. Anak sulung berumur setahun setengah dipimpin dan anak ke dua yang baru berumur sebulan didukung dengan menaiki bas untuk ke klinik dalam kesesakan kota. Hati mana yang tidak sedih bila mendengar khabar susah kakak sebegitu. Tidak mampu saya bayangkan betapa susahnya hidup mereka anak-beranak.

Namun semuanya diceritakan selepas abang ipar saya tamat pengajian dan sekarang sudahpun menjadi pensyarah di Universiti Malaya dan sedang menyiapkan tesis PhD dalam bidang Psikologi Dan Pendidikan Khas Kanak-Kanak Istimewa. Sesungguhnya perlu saya iyakan, disebalik kehebatan seorang lelaki rupanya ada jasa insan tabah yang bernama isteri. 

Kini, Kisah Sebuah Realiti

Pandangan saya bahawa ibu saya hanya mampu menangis bila berpisah dengan anak-anak rupanya meleset. Dalam Majlis Konvokesyen apabila saya naik ke pentas untuk berucap mewakili pelajar ibu saya langsung tidak menangis. Semasa di lapangan terbang ketika menghantar saya ke Mesir, ibu saya juga tidak menangis. Masih saya ingat senyuman dan pelukkan terakhir tersebut langsung tidak menunjukkan reaksi sedih malah ibu saya nampak tenang dan gembira. Apa yang terbaliknya saya pula yang sebak dan mata saya sedikit berkaca sebagaimana ayah saya juga.

Lama saya berfikir kenapa ibu saya mula bertegas dan tidak menangis ketika menghantar saya di Airport. Seminggu selepas itu saya menelefon ibu saya dan saya straight bertanya kenapa demikian jadinya. Ibu saya bercerita bahawa 3 tahun beliau bersedia dengan perpisahan ini sebaik sahaja saya menjejakkan kaki ke KIAS, Nilam puri dan bertegas untuk menyambung pengajian di Universiti Al-Azhar. Katanya lagi, kini tiada apa lagi yang mahu disedihkan kerana hasratnya untuk melihat saya menjadi seorang berilmu kian hampir.

Ibu saya tidak menaruh harapan yang terlampau tinggi terhadap saya dan adik-beradik lelaki yang lain. Katanya beliau sudah puas hati sekiranya anak-anak berilmu, mampu menjadi imam di masjid dan mampu berkongsi ilmu dengan orang kampung. Pada saya tanggungjawab itu susah dan harapan itu tinggi.







by : DidieY BRONTOXX
Thanks Read My Entry Muah ,. Muah ., Muah ^___^

Copyright© All Rights Reserved by Mr.DidieyBrontoxx.blogspot.com